Dr Fadzilah Kamsah
Kenal pribadi melalui Graphology (Kajian)
Grapho ertinya tulisan
Logy ertinya bidang ilmu
Pertama : Tekanan
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya
sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan
dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit
Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang,
kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di
sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai
mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri
(otak logical)
Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat
dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah
memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani,
pemurah
ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu,
tak suka berubah, amat setia kepada kekasih,
keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang
iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan
tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia,
tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah
iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup
umur atau macam orang perempuan datang bulan
(maaf)
Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit
boros.
ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang
lain, jimat atau kedekut
Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih &
penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang,
mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak
pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang
itu banyak dalam diri
Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap
sederhana
~ Rumusan : -
Tulisan mencerminkan peribadi...
Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah
peribadi
dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita
cemerlang dalam hidup...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment