Saturday, January 31, 2009

Doa

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ya Allah! Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau, Engkau menjadikan aku dan aku adalah hambaMu dan aku di atas perintah dan perjanjianMu sekadar keupayaanku, aku berlindung denganMu daripada kejahatan barang yang aku lakukan, aku mengaku bagiMu dengan nikmatMu ke atasku dan aku mengaku dengan dosaku, maka ampunilah bagiku, maka sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan segala dosa melainkan Engkau.

Ya Allah! Bukakanlah bagi kami pintu-pintu kebaikan, pintu berkat, pintu nikmat, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu kesihatan, pintu keselamatan dan pintu-pintu syurga.

Wahai Tuhan kami, berilah kami isteri-isteri dan zuriat keturunan kami yang baik dan menggembirakan hati melihatnya dan jadikan kami imam dan contoh teladan bagi orang-orang yang bertakwa.

Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon kepadaMu keredhaan Engkau dan syurga, dan kami berlindung denganMu daripada kemurkaanMu dan api neraka.

Salam sejahtera daripada Tuhan Yang Maha Penyayang.”

ini saya hanya copy dari laman panel syariah HPA

MENETAPKAN SYARAT UNTUK BONUS; ADAKAH SUATU PAKSAAN?

Soalan;

Pada saya HPA dan lain2 MLM sama sahaja dari segi perniagaannya. Kesemua pelan pemasaran MLM mewajibkan pengedar untuk mencapai target tertentu untuk mendapat bonus-bonus tertentu. Tidakkah syarat2 ini merupakan paksaan yang dikenakan kepada pengedar untuk mendapat bonus? Contohnya anda perlu mempunyai kumpulan yang ada 1000 nilai mata untuk layak mendapat bonus tertentu. 2) Ustaz manakah yang dirujuk dan adalkah mereka pakar dalam MLM? Setakat ini belum ada Badan yang iktiraf yang boleh dirujuk untuk menentukan HALAL atau tidaknya sesuatu sistem pemasaran itu. Semuanya berdasarkan pandangan/pendapat peribadi ulama dan bukannya kesepakatan ulama. Apapun bidang MLM ini adalah satu bidang yang memerlukan ijtihad para ulama…10q

Jawapan;

Saya perhatikan ramai yang tidak dapat bezakan jenis-jenis akad di dalam Islam. Dalam muamalah Islam, bukan akad jual beli sahaja yang wujud, tetapi juga akad-akad yang lain, antaranya akad hibah, akad ijarah, akad ji’alah dan sebagainya. Berlainan akad berbeza pula ciri-cirinya. Contohnya, dalam akad jual-beli tidak harus ada sebarang ikatan/syarat dikenakan untuk meneruskan jual-beli. Contoh, tidak harus seorang penjual meletakkan syarat kepada pembeli seperti ia berkata; “Saya jual barang saya ini dengan syarat awak mesti jual barang awak itu”. Syarat ini adalah tidak sah kerana ia menyebabkan terjadinya dua jualan dalam satu jualan yang dilarang oleh Nabi s.a.w.. Namun dalam pemberian atau komisyen, meletakkan syarat untuk mendapat suatu pemberian atau komisyen ia tidak pernah diharamkan oleh mana-mana ulamak. Contohnya, satu syarikat buku berkata kepada pelanggannya; jika kamu beli sebuah sahaja harganya RM20. Jika kamu beli 10 buah, saya beri diskaun 20%. Jika kamu jadi pengedar saya dan kamu dapat jual 50 buah ke atas, saya beri komisyen 25% dan jika 100 ke atas, saya beri komisyen 50%. Syarat yang dikenakan di sini bukan ke atas jual-beli, tetapi ke atas kelayakan untuk mendapat komisyen. Jika syarat sebegini hendak dikatakan paksaan, maka hidup kita ini penuh dengan paksaan; untuk terima gaji kita disyaratkan berkerja (yakni terpaksa berkerja), untuk pandai kita disyaratkan belajar (yakni terpaksa belajar), untuk kenyang kita disyaratkan makan (yakni terpaksa makan), untuk dapat untung kita disyaratkan jual barang (yakni terpaksa menjual), untuk masuk syurga kita disyaratkan beribadah (yakni terpaksa beribadah)…begitulah hidup kita yang penuh dengan paksaan jika semua syarat kita fahami sebagai paksaan. Tetapi itu adalah fahaman mengikut perasaan dan amarah kita. Adapun di sisi Syarak, paksaan atau al-Ikrah mempunyai pengertian khusus yang mempunyai rukun-rukun tertentu untuk dikatakan sesuatu itu sebagai paksaan yang membawa kepada terbatalnya akad. Setakat yang saya tahu, bukan semua syarat yang diletakkan ianya akan menjadi paksaan, malah tidak dapat dielakkan bagi sesetengah akad antaranya akad ji’alah (pemberian dengan bersyarat) sebagaimana yang ada di dalam al-Quran (surah Yusuf, ayat 72). Untuk memahami lebih lanjut, sila baca fatwa ulamak tentang “Hukum menetapkan syarat untuk mendapat komisyen jualan” di dalam blog ini.

Wallahu a’lam.

Laman - laman Web Penting HPA

1. Laman Utama HPA - www.HPA.com.my

2. Laman Pengarah HPA - http://jawiherbshop.blogspot.com/

3. Panel Syariah HPA - http://panelsyariah.blogspot.com/

Produk HPA Alternatif





DALAM KITA SIBUK MEMBOIKOT BRG2 KELUARAN ZIONIS ISRAEL..KITA TERLUPA UNTUK MENDAPATKAN ALTERNATIF APAKAH PRODUK YANG KITA BOLEH GUNAKAN DAN TERJAMIN HALAL….

MARILAH KITA SAMA2 MERENUNG APAKAH PRODUK YANG PERLU KITA GUNAKAN SELEPAS INI…
DIDALAM DUNIA INI PELBAGAI ALTERNATIF BOLEH KITA GUNAKAN…KITA PERLU MENCARI PRODUK YANG HALAL LAGI TERJAMIN KEHALALANNYA..HALALAN TAYYIBAN…

SAYA DENGAN RENDAH HATI INGIN MENGAJAK KAWAN-KAWAN, SAUDARA-SAUDARA DAN SAUDARI-SAUDARI…SEDARILAH KITA MASIH MEMPUNYAI ALTERNATIF…
PRODUK HALAL LAGI BERSIH …..HPA INDUSTRIES…SYARIKAT YANG KUKUH LAGI DIIKTIRAF…



KITA HANYA KENAL KOPI RADIX DI DALAM HPA…MAI SECAWAN….SEBENARNYA BANYAK LAGI PRODUK2 LAIN…SEGALA KEPERLUAN HARIAN DARI TANDAS HINGGA KE DAPUR HINGGA KE RUANG TAMU TELAH TERSEDIA UNTUK DINIKMATI OLEH SETIAP PENGGUNA ISLAM YANG MENGUCAP SYAHADAH…MARILAH KITA RENUNGKAN..ADAKAH KITA MASIH MAHU MENGGUNAKAN PRODUK2 YANG MASIH BELUM DIBUKTIKAN KEBERSIHANYA 100% YANG DIRAGUI KESUCIANNYA…

SAYA INGIN MENGAJAK PARA SAHABAT BERFIKIR SEJENANK..PERKEMBANGAN HPA TERKINI DENGAN MEWUJUDKAN RANGKAIAN RFC SELURUH MALAYSIA UNTUK MENGGANTIKAN KFC DAN MC DONALD…SELAIN ITU, HPA JUGA MENGELUARKAN AYAM TERSENDIRI YANG MERUPAKAN AYAM ORGANIK YANG DIYAKINI HALAL LAGI SUCI…

KITA PERLU BERFIKIR SEJENAK..MASIHKAH KITA MEMAKAN AYAM YANG DI KELUARKAN OLEH SYARIKAT CINA MAKANANNYA..ENTAH KESUCIANNYA DIRAGUI…

HPA TELAH MEMPLOPORI PRODUK HALAL DENGAN MEWUJUDKAN PANEL SYARIAH…LAMAN BLOG PANEL SYARIAH BOLEH DILAYARI MELALUI LAMAN WEB http://panelsyariah.blogspot.com/ UNTUK MELAYARI LAMAN WEB HPA.. http://hpa.com.my

SETAKAT INI DAHULU PENULISAN SAYA..KEPADA SESIAPA UYANG BERMINAT MENJADI AHLI HPA BOLEHLAH TERUS BERHUBUNG DENGAN SAYA DI NOMBOR TELEFON 0193338526 – SYED KAMALLUDDIN…KEAHLIAN HANYA RM 30 UNTUK SEUMUR HIDUP TANPA PERLU MELAKUKAN RENEW KEAHLIAN…INGATLAH MENCARI PRODUK YANG HALAL ITU ADALAH SATU KEWAJIPAN….jangan pandang belakang..teruskan melangkah..