Beberapa hadis perjelas tanda Hari Kiamat
MANUSIA berada di dunia ini hanya sementara. Mereka akan berpindah ke alam yang kekal abadi.
Hakikat ini diterangkan Allah melalui firman-Nya yang bermaksud:
“Kehidupan dunia ini hanya kesukaan dan kesenangan sementara, dan alam akhirat sajalah, tempat kediaman yang kekal abadi.” (Surah Ghafir, ayat 39)
Firman-Nya lagi bermaksud: “Orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal salih, kami akan masukkan mereka ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal dalamnya selama-lamanya...“ (Surah an-Nisa, ayat 57)
Satu lagi firman Allah bermaksud “...Dan sesiapa yang menderhaka kepada Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya disediakan baginya neraka jahanam, mereka kekal dalamnya selama-lamanya.” (Surah al-Jin, ayat 23).
Dengan berakhirnya umur dunia ini, tibalah saat permulaan kiamat yang tidak diketahui masanya, melainkan oleh Allah.
Namun, tanda-tanda hampirnya kedatangan saat itu ada diterangkan oleh Rasulullah dalam beberapa hadis.
Daripada Huzaifah, daripada Nabi Muhammad sabdanya bermaksud: “Tidak akan berlaku saat kiamat hingga orang yang tidak tentu saka-bakanya, yang buruk akhlaknya, dan yang bodoh bebal, menjadi sebahagia-bahagia manusia dengan kesenangan dunia.” (Hadis at-Tarmizi dan Imam Ahmad)
Daripada Ibn Mas'ud, daripada Nabi sabdanya: “Tidak berlaku saat kiamat melainkan ketika tidak ada di dunia ini, selain daripada orang jahat (yang tidak mengenal baik dan buruk).” (Hadis riwayat Muslim dan Imam Ahmad)
Daripada Abdullah bin Mas'ud, katanya, Rasulullah bersabda: “Tidak habis umur dunia ini hingga bangsa Arab dan pengikut-pengikutnya dikuasai oleh seorang daripada ahli rumahku, yang namanya menyamai namaku”; (dan pada satu riwayat oleh Abu Daud – ada disebutkan: “Yang namanya menyamai namaku, dan nama ayahnya menyamai nama ayaku)”. (Hadis riwayat at-Tarmizi dan Abu Daud)
Daripada Abu Sa'id Al-Khudri, katanya, Rasulullah bersabda: “Mahadi itu daripada keturunanku, dahinya luas, hidungnya mancung; dia akan memenuhi bumi dengan kejujuran, dan keadilan, sebagaimana bumi sebelum itu penuh dengan kezaliman dan kecurangan; dia memerintah selama tujuh tahun.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Daripada Abu Sa'id Al-Khuri, katanya: Rasulullah menyebut “Satu bala bencana akan menimpa umat ini hingga seseorang tidak dapat tempat untuk berlindung daripada kezaliman; maka Allah lahirkan seorang daripada keturunanku dan ahli rumahku, serta Tuhan penuhkan bumi dengan kejujuran dan keadilan disebabkan pemerintahannya, sebagaimana bumi sebelum itu penuh dengan kezaliman dan kecurangan; penduduk langit dan bumi puas hati dengan pemerintahannya; langit pula tidak meninggalkan sedikit pun daripada hujannya melainkan dicurahkannya dengan lebat dan bumi juga tidak meninggalkan daripada tumbuh-tumbuhannya, melainkan dikeluarkannya dengan sebanyak-banyaknya; hingga orang yang hidup, suka kalau orang mati hidup semula (supaya mereka dapat menikmati kemakmuran itu bersama); Mahadi itu akan hidup dalam keadaan yang disebutkan itu selama tujuh atau lapan, atau pun sembilan tahun.” (Hadis riwayat al-Hakim)
Wednesday, September 08, 2004
MALU SEORANG WANITA
MALU SEORANG WANITA
Seorang wanita itu merasa MALU apabila dia belum berkahwin.Oleh sebab itu kalau seorang anak dara mahu berkahwin diamnya tanda setuju (sebab MALU ).Tapi seorang janda persetujuannya dipinta.(kenapa ???)
Seorang anak dara kalau sebelum kahwin MALU kalau apa yang sepatutnya disembunyikan dilihat orang.Tapi apabila dia berkahwin menyusu anak didepan orang.Apakah MALUNYA sudah hilang?
Oleh itu seorang wanita perlu menjaga dirinya,kehormatan dirinya dan segalanya daripada sebelum kahwin dan selepas kahwin.

amalan zikir
Amalan zikir
Membaca subhanallah seratus kali fadhilatnya seperti memerdekakan 100 orang hamba berbangsa arab.
Membaca Alhamdulillah seratus kali fadhilatnya seperti menginfakkan 100 ekor kuga yang lengkap untuk berjuang di jalan Allah.
Membaca Allahuakbar Seratus kali fadhilatnya seperti mengorbankan 100 ekor unta yang telah diterima Allah.
Membaca Lailahaillallah seratus kali fadhilatnya adalah seperti memenuhi antara langit dan bumi.
Dipetik dari Kitab Fazail-Amal

Sunday, September 05, 2004
Assalamualaikum...
Assalamualaikum semua...
sedih sgt tgk blog aku nih yang dah terlalu usang...
tiada siapa yg boleh updatekan sbb terlalu padat...
aku ingat aku nak buat baru lah....
entah ler....
aktiviti hari ini....
pagi td aku g dengar ceramah mubaligh....
sedap gak dengar ceramah dari pengarah executive saba media...
menceritakan detik - detik beliau menganut Islam...
Umat Islam pada hari ini berbeza dgn umat Islam terdahulu....
kebangkitan Islam yang di jangkakan berlaku jua tidak berlaku....
Beliau sedih bile melihat umat Islam pada hari ini....
Beliau menganut Islam pun di Sbbkan merasa wujudnya kebenaran.....
pada ceramah tersebut beliau juga menyatakan beliau tertarik dgn Islam di sbb kan oleh 3 perkara pokok.....
a; Konsep ketuhanan Dalam Islam....mengakui Allah itu satu tiada yang lain melainkan Allah....
b; Perbandinagan agama yang di buat oleh beliau...beliau cuba mencari kesamaan dlm setiap agama....
c; Fakta-fakta sains dalam Islam....byk fakta2 sains telah tertulis di dalam AL quran....membuktikan kebenaran ajaran ini.....
Banyak persoalan yang di kupas oleh beliau .....antara persoalan tersebut ialah:
1. Tujuan lahir ke dunia ini...Sbg Hamba Allah ...Sbg Khalifah dalam memakmurkan Bumi...
2. Siapa Saya...
3. Mengapa saya lahir ke dunia...
4. tanggungjawab sebagai umat Islam....
Beliau juga menyatakan bahawa setiapa manusia yang masuk Islam adalah kembali ke agama fitrah..sesungguhnya manusia di lahirkan fitrah...hanya ibu bapa yang membentuknya samada menjadi nasrani yahudi atau Islam..
aku rasa cukup dulu di sini....
tak larat nak type dah...
ok byeee...
wassalam...

Subscribe to:
Comments (Atom)