Saturday, January 31, 2009

Doa

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ya Allah! Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau, Engkau menjadikan aku dan aku adalah hambaMu dan aku di atas perintah dan perjanjianMu sekadar keupayaanku, aku berlindung denganMu daripada kejahatan barang yang aku lakukan, aku mengaku bagiMu dengan nikmatMu ke atasku dan aku mengaku dengan dosaku, maka ampunilah bagiku, maka sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan segala dosa melainkan Engkau.

Ya Allah! Bukakanlah bagi kami pintu-pintu kebaikan, pintu berkat, pintu nikmat, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu kesihatan, pintu keselamatan dan pintu-pintu syurga.

Wahai Tuhan kami, berilah kami isteri-isteri dan zuriat keturunan kami yang baik dan menggembirakan hati melihatnya dan jadikan kami imam dan contoh teladan bagi orang-orang yang bertakwa.

Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon kepadaMu keredhaan Engkau dan syurga, dan kami berlindung denganMu daripada kemurkaanMu dan api neraka.

Salam sejahtera daripada Tuhan Yang Maha Penyayang.”

ini saya hanya copy dari laman panel syariah HPA

MENETAPKAN SYARAT UNTUK BONUS; ADAKAH SUATU PAKSAAN?

Soalan;

Pada saya HPA dan lain2 MLM sama sahaja dari segi perniagaannya. Kesemua pelan pemasaran MLM mewajibkan pengedar untuk mencapai target tertentu untuk mendapat bonus-bonus tertentu. Tidakkah syarat2 ini merupakan paksaan yang dikenakan kepada pengedar untuk mendapat bonus? Contohnya anda perlu mempunyai kumpulan yang ada 1000 nilai mata untuk layak mendapat bonus tertentu. 2) Ustaz manakah yang dirujuk dan adalkah mereka pakar dalam MLM? Setakat ini belum ada Badan yang iktiraf yang boleh dirujuk untuk menentukan HALAL atau tidaknya sesuatu sistem pemasaran itu. Semuanya berdasarkan pandangan/pendapat peribadi ulama dan bukannya kesepakatan ulama. Apapun bidang MLM ini adalah satu bidang yang memerlukan ijtihad para ulama…10q

Jawapan;

Saya perhatikan ramai yang tidak dapat bezakan jenis-jenis akad di dalam Islam. Dalam muamalah Islam, bukan akad jual beli sahaja yang wujud, tetapi juga akad-akad yang lain, antaranya akad hibah, akad ijarah, akad ji’alah dan sebagainya. Berlainan akad berbeza pula ciri-cirinya. Contohnya, dalam akad jual-beli tidak harus ada sebarang ikatan/syarat dikenakan untuk meneruskan jual-beli. Contoh, tidak harus seorang penjual meletakkan syarat kepada pembeli seperti ia berkata; “Saya jual barang saya ini dengan syarat awak mesti jual barang awak itu”. Syarat ini adalah tidak sah kerana ia menyebabkan terjadinya dua jualan dalam satu jualan yang dilarang oleh Nabi s.a.w.. Namun dalam pemberian atau komisyen, meletakkan syarat untuk mendapat suatu pemberian atau komisyen ia tidak pernah diharamkan oleh mana-mana ulamak. Contohnya, satu syarikat buku berkata kepada pelanggannya; jika kamu beli sebuah sahaja harganya RM20. Jika kamu beli 10 buah, saya beri diskaun 20%. Jika kamu jadi pengedar saya dan kamu dapat jual 50 buah ke atas, saya beri komisyen 25% dan jika 100 ke atas, saya beri komisyen 50%. Syarat yang dikenakan di sini bukan ke atas jual-beli, tetapi ke atas kelayakan untuk mendapat komisyen. Jika syarat sebegini hendak dikatakan paksaan, maka hidup kita ini penuh dengan paksaan; untuk terima gaji kita disyaratkan berkerja (yakni terpaksa berkerja), untuk pandai kita disyaratkan belajar (yakni terpaksa belajar), untuk kenyang kita disyaratkan makan (yakni terpaksa makan), untuk dapat untung kita disyaratkan jual barang (yakni terpaksa menjual), untuk masuk syurga kita disyaratkan beribadah (yakni terpaksa beribadah)…begitulah hidup kita yang penuh dengan paksaan jika semua syarat kita fahami sebagai paksaan. Tetapi itu adalah fahaman mengikut perasaan dan amarah kita. Adapun di sisi Syarak, paksaan atau al-Ikrah mempunyai pengertian khusus yang mempunyai rukun-rukun tertentu untuk dikatakan sesuatu itu sebagai paksaan yang membawa kepada terbatalnya akad. Setakat yang saya tahu, bukan semua syarat yang diletakkan ianya akan menjadi paksaan, malah tidak dapat dielakkan bagi sesetengah akad antaranya akad ji’alah (pemberian dengan bersyarat) sebagaimana yang ada di dalam al-Quran (surah Yusuf, ayat 72). Untuk memahami lebih lanjut, sila baca fatwa ulamak tentang “Hukum menetapkan syarat untuk mendapat komisyen jualan” di dalam blog ini.

Wallahu a’lam.

Laman - laman Web Penting HPA

1. Laman Utama HPA - www.HPA.com.my

2. Laman Pengarah HPA - http://jawiherbshop.blogspot.com/

3. Panel Syariah HPA - http://panelsyariah.blogspot.com/

Produk HPA Alternatif





DALAM KITA SIBUK MEMBOIKOT BRG2 KELUARAN ZIONIS ISRAEL..KITA TERLUPA UNTUK MENDAPATKAN ALTERNATIF APAKAH PRODUK YANG KITA BOLEH GUNAKAN DAN TERJAMIN HALAL….

MARILAH KITA SAMA2 MERENUNG APAKAH PRODUK YANG PERLU KITA GUNAKAN SELEPAS INI…
DIDALAM DUNIA INI PELBAGAI ALTERNATIF BOLEH KITA GUNAKAN…KITA PERLU MENCARI PRODUK YANG HALAL LAGI TERJAMIN KEHALALANNYA..HALALAN TAYYIBAN…

SAYA DENGAN RENDAH HATI INGIN MENGAJAK KAWAN-KAWAN, SAUDARA-SAUDARA DAN SAUDARI-SAUDARI…SEDARILAH KITA MASIH MEMPUNYAI ALTERNATIF…
PRODUK HALAL LAGI BERSIH …..HPA INDUSTRIES…SYARIKAT YANG KUKUH LAGI DIIKTIRAF…



KITA HANYA KENAL KOPI RADIX DI DALAM HPA…MAI SECAWAN….SEBENARNYA BANYAK LAGI PRODUK2 LAIN…SEGALA KEPERLUAN HARIAN DARI TANDAS HINGGA KE DAPUR HINGGA KE RUANG TAMU TELAH TERSEDIA UNTUK DINIKMATI OLEH SETIAP PENGGUNA ISLAM YANG MENGUCAP SYAHADAH…MARILAH KITA RENUNGKAN..ADAKAH KITA MASIH MAHU MENGGUNAKAN PRODUK2 YANG MASIH BELUM DIBUKTIKAN KEBERSIHANYA 100% YANG DIRAGUI KESUCIANNYA…

SAYA INGIN MENGAJAK PARA SAHABAT BERFIKIR SEJENANK..PERKEMBANGAN HPA TERKINI DENGAN MEWUJUDKAN RANGKAIAN RFC SELURUH MALAYSIA UNTUK MENGGANTIKAN KFC DAN MC DONALD…SELAIN ITU, HPA JUGA MENGELUARKAN AYAM TERSENDIRI YANG MERUPAKAN AYAM ORGANIK YANG DIYAKINI HALAL LAGI SUCI…

KITA PERLU BERFIKIR SEJENAK..MASIHKAH KITA MEMAKAN AYAM YANG DI KELUARKAN OLEH SYARIKAT CINA MAKANANNYA..ENTAH KESUCIANNYA DIRAGUI…

HPA TELAH MEMPLOPORI PRODUK HALAL DENGAN MEWUJUDKAN PANEL SYARIAH…LAMAN BLOG PANEL SYARIAH BOLEH DILAYARI MELALUI LAMAN WEB http://panelsyariah.blogspot.com/ UNTUK MELAYARI LAMAN WEB HPA.. http://hpa.com.my

SETAKAT INI DAHULU PENULISAN SAYA..KEPADA SESIAPA UYANG BERMINAT MENJADI AHLI HPA BOLEHLAH TERUS BERHUBUNG DENGAN SAYA DI NOMBOR TELEFON 0193338526 – SYED KAMALLUDDIN…KEAHLIAN HANYA RM 30 UNTUK SEUMUR HIDUP TANPA PERLU MELAKUKAN RENEW KEAHLIAN…INGATLAH MENCARI PRODUK YANG HALAL ITU ADALAH SATU KEWAJIPAN….jangan pandang belakang..teruskan melangkah..

Thursday, February 24, 2005

Hadis Hari ini......

Hadis Abdullah bin Umar r.a katanya: Ketika orang-orang Islam sampai di Madinah, mereka berkumpul lalu memperkatakan tentang waktu sembahyang. Tiada seorang pun yang menyeru kepadanya. Semasa mereka berbincang tentang perkara tersebut, sebahagian daripada mereka berkata: Bunyikanlah loceng sebagaimana loceng orang Nasrani. Manakala sebahagian lagi berkata: Bunyikanlah trompet seperti trompet orang Yahudi. Kemudian Umar berkata: Mengapa kamu tidak menyuruh seseorang agar menyerukan sembahyang? Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Bilal! Bangunlah dan serukan untuk sembahyang
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 568

Wednesday, February 23, 2005

Doa Hari Ini:

رَبَّنَا ءَامَنَّا بِمَا أَنْزَلْتَ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ


Yang bermaksud: Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami berserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu).
(Surah Aali Imraan, Ayat: 53).

Sunday, October 03, 2004

Rahsia di sebalik jari

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima.

Cuba perhatikan perahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya".

Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.
Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!!

Didibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??
Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Diperingkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.


Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.


Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi Menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada,semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang

Wednesday, September 15, 2004

guru dan anak muridnya

Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.
Si guru berkata, "Saya punya permainan... Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah "Pemadam!"
Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Si guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".
Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Si guru tersenyum kepada murid-muridnya.
"Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membedakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita lewat berbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya.
Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi karena terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika."
"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain."
"Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."
"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?"
Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. Akhirnya Si Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.
"Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar."
"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.
Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..."
"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda.
Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."
"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita...
"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."
"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar."
"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."
Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan fikiran masing-masing di kepalanya.