assalamualaikum....dah trim punye..:)
Mungkin anda pernah mendengar perkataan IDOL tetapi anda tidak terlalu
mengambil tahu makna sebenar perkataan itu. Mungkin juga anda
menganggap
perkataan itu sama maknanya dengan perkataan IDOLA dalam bahasa Melayu
lantaran bunyi sebutannya yang hampir sama. Tahukah anda bahawa
tanggapan anda ini SALAH sama sekali!.
Mengikut takrifan kamus Oxford (Edisi ketiga 2001), IDOL dalam bahasa
Inggeris membawa maksud patung; berhala; pujaan; orang atau benda yang
terlampau disanjung. Dalam konteks pengunaan, perkataan ini lebih
sesuai
menjurus kepada pemujaan benda, patung atau berhala. Hal ini dapat
dilihat dengan jelas melalui beberapa terbitan perkataan lain seperti
berikut :
1. IDOLATRY = Penyembahan berhala
2. IDOLATER = Penyembah berhala; musyrikin
3. IDOLATROUS = (Bersifat) menyembah atau memuja
4. IDOLIZE = (Terlampau) menyanjung.
5. IDOLIZATION = Pemujaan; pendewaan.
Daripada terbitan perkataan-perkataan ini, jelaslah kepada kita bahawa
pengunaan perkataan IDOL hanya sesuai digunakan untuk mengambarkan
sifat
terlalu ta'sub, menyembah, memuja dan terlalu menyanjung sesuatu yang
bukan bersifat benda hidup atau dalam makna lain menyembah berhala /
patung.
Isu pengunaan perkataan ini saya bangkitkan agar sahabat-sahabat muslim
sedia maklum tentang satu propaganda baru musuh Islam melalui
penerbitan
rancangan MALAYSIA IDOL yang sedang giat dipromosikan di TV3 dan TV8.
Buat pengetahuan sahabat-sahabat muslim sekalian, idea penerbitan
rancangan ini bermula dari Amerika Syarikat. Di sana dinamakan AMERICAN
IDOL. Modus operandi rancangan ini kemudiannya disebarkan ke beberapa
buah negara kononnya untuk mencari bakat-bakat baru dalam dunia seni
hiburan dari seluruh dunia. Di Indonesia, pencarian bakat baru untuk
rancangan ini telah berjaya menarik penyertaan beratus ribu belia.
Mereka sanggup beratur dan berpusu-pusu ditempat uji bakat semata-mata
untuk merebut gelaran INDONESIA IDOL. Paling menarik, belia-belia ini
yang juga beragama Islam lupa segala-galanya, makan minum
diabaikan....apatah lagi waktu solat....semuanya sibuk berlatih untuk
menghadiri sesi uji bakat. Hal yang sama sebenarnya turut berlaku di
negara kita. Secara sedar atau tidak, satu jarum licik propaganda jahat
musuh-musuh Islam berjaya menusuk di jiwa anak muda muslim.
Apakahtindakan kita sebagai muslim?. Langkah pertama pastinya kita
perlu menimbulkan kebencian dengan memboikot rancangan ini. Jelaskan
dengan terperinci kepada anak-anak muda kita tentang propaganda jahat
musuh Islam ini. Larang mereka daripada menyertai uji bakat yang hanya
membuang masa, wang dan tenaga. Paling penting, pemerintah harus di
desak agar lebih prihatin dengan isu-isu sensitif seperti ini.
Thursday, August 05, 2004
Wednesday, August 04, 2004
Al-Hakim meriwayatkan Alqamah bin Haris r.a berkata, aku datang kepada Rasulullah s.a.w dengan tujuh orang dari kaumku. Kemudian setelah kami beri salam dan beliau tertarik sehingga beliau bertanya, "Siapakah kamu ini?" Jawab kami, "Kami adalah orang beriman."
Kemudian baginda bertanya, "Setiap perkataan ada buktinya, apakah bukti keimanan kamu ?"
Jawab kami, "Buktinya ada lima belas perkara. Lima perkara yang engkau perintahkan kepada kami, lima perkara yang diperintahkan oleh utusanmu kepada kami dan lima perkara yang kami terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?" Tanya Rasulullah s.a.w, "Apakah lima perkara yang aku perintahkan kepada kamu itu ?" Jawab mereka, "Kamu telah perintahkan kami untuk beriman kepada Allah s.w.t., percaya kepada Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, percaya kepada takdir Allah s.w.t. yang baik mahupun yang buruk."
Selanjutnya tanya Rasulullah s.a.w "Apakah lima perkara yang diperintahkan oleh para utusanku itu ?" Jawab mereka, "Kami diperintahkan oleh para utusanmu untuk bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan engkau adalah utusan Allah, hendaknya kami mendirikan solat wajib, mengerjakan puasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan berhaji bila mampu."
Tanya Rasulullah s.a.w selanjutnya, "Apakah lima perkara yang kamu masih terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?" Jawab mereka, "Bersyukur di waktu senang, bersabar di waktu kesusahan, berani di waktu perang, redha pada waktu kena ujian dan tidak merasa gembira dengan sesuatu musibah yang menimpa pada musuh." Mendengar ucapan mereka yang amat menarik ini, maka Rasulullah s.a.w berkata, "Sungguh kamu ini termasuk di dalam kaum yang amat pandai sekali dalam agama mahupun dalam tatacara berbicara, hampir sahaja kamu ini serupa dengan para Nabi dengan segala macam yang kamu katakan tadi."
Kemudian Rasulullah s.a.w selanjutnya, "Mahukah kamu aku tunjukkan kepada lima perkara amalan yang akan menyempurnakan dari yang kamu punyai ? Janganlah kamu mengumpulkan sesuatu yang tidak akan kamu makan. Janganlah kamu mendirikan rumah yang tidak akan kamu tempati. Janganlah kamu berlumba-lumba dalam sesuatu yang bakal kamu tinggalkan, Berusahalah untuk mencari bekal ke dalam akhirat."

Subscribe to:
Comments (Atom)