Wednesday, May 12, 2004

20 Perkara jangan di lakukan

20 Perkara jangan....


JANGAN sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini
Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

JANGAN masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar
najis, mengotori seluruh rumah kita.

JANGAN makan dan minum dalam bekas yang pecah
atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

JANGAN biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi
kepapaan.

JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki
mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).

JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa
makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat
kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan
pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

JANGAN biarkan mata liar di perjalanan. Nanti
hati kita gelap diselaputi dosa.

JANGAN bergaul bebas ditempat kerja. Banyak
buruk dari baiknya.

JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana
mati boleh datang bila-bila masa.

JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan
sesama manusia kalau memang kita bersalah.

JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti
rosak persahabatan kita hilang bahagia.

JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap
kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu
memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-
ciri munafik dan menghilangkan kasih orang
kepada kita.

JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih
lama dan kekal selamanya.

JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata
JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ingat semua kalau kita ingin beriman .....

No comments: