Thursday, May 13, 2004

Airmata Lelaki

Assalamualaikum

ni saya amik kat laman web ukhwah.com ...tajuk ialah AIR MATA LELAKI

Bukan semua lelaki dapat mengeluarkan air mata dengan mudah. Hakikat inilah yang melanda hampir kebanyakkan manusia lelaki. Berbanding dengan wanita, lelaki paling sukar mengungkapkan perasaan melalui air mata.

Mengeluarkan air mata dalam maksud melontarkan perasaan yang terpendam seringkali dilihat sebagai salah satu cara melepaskan stress atau tekanan. Ada yang menyatakan bahawa air mata lelaki lebih mahal daripada air mata wanita. Sejauh mana ketepatan andaian ini sememangnya tidak boleh dipertikaikan. Hal ini kerana emosi lelaki yang lebih kental ditambah pula dengan ego yang tinggi, menjadikan lelaki tidak suka meniru sifat kewanitaan yang gemar mengeluarkan air mata. Walau bagaimanapun, ada juga lelaki yang mudah mengeluarkan air mata. Mereka ini seringkali digelar "cengeh" atau "termei-mei." Jumlah mereka ini lebih kecil berbanding jumlah lelaki sejati yang lebih besar.

Benarkah lelaki gemar menangis di dalam hati?. Mungkin untuk meluahkan air mata secara lahiriah merupakan sesuatu perbuatan yang amat malu untuk dilakukan. Ada benarnya juga jika lelaki lebih gemar menyembunyikan perasaan hampa, kecewa, sedih dan kegagalan mereka kerana suasana sekeliling menjadikan lelaki tidak mudah mengaku kalah dengan keadaan. Saya pernah bertanya kepada seorang kaunselor pelajar, “diantara lelaki dan perempuan, yang mana lebih mudah meluahkan perasaan dan menangis ketika sesi kaunseling?". Kaunselor itu menjawab; "Sudah semestinya perempuan, mereka lebih mudah di dekati untuk meluahkan perasaan dan lebih mudah menangisi. Lelaki memerlukan soal desak yang lebih kerap, berhati-hati, mesra dan dalam keadaan yang selamat."

Menurut kaunselor itu lagi “lelaki sememangnya gemar menangis di dalam hati, iaitu menyembunyikan perasaan mereka tanpa pengetahauan umum. Dengan cara itu, masalah yang berlaku hanya dikongsi bersama diri sendiri sahaja. Dalam hal inilah peranan seorang wanita sama ada yang bergelar ibu, isteri atau rakan sememangnya diperlukan untuk membantu lelaki. Wanita memiliki sifat membantu yang lebih tinggi berbanding lelaki dan sifat ini lebih mudah didekati dari hati ke hati. Inilah kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada makhluk ciptaannya. Ada kekurangan yang diberikan kepada satu makhluk manakala kelebihan ada pada makhluk yang lain dan begitulah sebaliknya."

Jika anda seorang lelaki, wajarkah anda meluahkan air mata jika mengalami masalah atau tekanan dan apa pula pendapat perempuan apabila melihat lelaki menangis?

-----------------
IMAN ASAS KEHIDUPAN MUSLIM

No comments: