Sunday, July 04, 2004

Wanita akal setipis rambutnya

Wanita akal setipis rambutnya


Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita di sisi mereka
Fikiran dan perasaan mereka pasti resah
Walaupun Adam memiliki segala-galanya, namun Adam tetap merindui Hawa

Dijadikan wanita dari tulang rusuk lelaki
Namun jika lelaki itu tidak lurus mana mungkin menghasilkan jalan yang lurus
Luruskan lah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah
Kerana mereka diciptakan sebegitu oleh Allah

Didik lah mereka dengan panduan yang disediakan oleh Allah
Jangan cuba mengaburi mereka dengan harta kekayaan
Kerana kelak mereka akan menjadi liat
Janganlah dia disibukkan dengan kecantikan,
Kerana kelak mereka akan menderita
Kenalkan lah mereka kepada Allah, iaitu zat yang kekal
Kerana di situ mereka mengenali siapa mereka yang sebenarnya

Akal setipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu
Hatinya seperti kaca, kuatkan ia dengan iman
Perasaannya selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak

Begitulah wanita, bisikkan lah di telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan dan ia bukanlah diskriminasi tuhan terhadap wanita tetapi sebaliknya di situlah kasih sayang Allah

Lelaki………
Jinakkan dirimu kepada Allah
Nescaya segala-galanya berada di bawah pimpinanmu
Jangan mengharapkan isteri seperti Fatimah az-Zahrah andai dirimu tidak sehebat
Saidina Ali Karamullahu Wajhah

No comments: