Wednesday, May 26, 2004

peringatan buat semua

TANDA-TANDA KEMATIAN

1)100 HARI

-Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada
hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-
mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma
samada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda ini
akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
-Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga
ke hujung kaki akan mengalami getaran atau
seakan-akan mengigil.Contohnya seperti daging
lembu yang baru disembelih dimana jika
diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati
daging tersebut seakan-akan bergetar.
-Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar
dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah
tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan
hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda
ini.
-Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau
mereka yang hanyut dengan
kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian ,
tanda ini akan lenyap begitu
sahaja tanpa sebarang munafaat.
-Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka
ini adalah peluang terbaik
untuk memunafaatkan masa yang ada untuk
mempersiapkan diri dengan amalan
dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan
sesudah mati.

2)40 HARI

-Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.
-Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.
-Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas
Arash Allah SWT.Maka malaikatmaut akan mengambil
daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke
atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa.
-Akan terjadi malaikatmaut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika
ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan
merasakan seakan-akan bingung seketika.
-Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang
tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah
bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.

3) 7 HARI

-Tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka
yang diuji dengan musibah kesakitan di mana
orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba
ianya berselera untuk makan.

4) 3 HARI

-Pada ketika ini akan terasa denyutan di
bahagian tengah dahi kita iaitu
diantara dahi kanan dan kiri.
-Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah
kita selepas itu supaya perut kita tidak
mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan
urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
-Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan
bersinar lagi dan bagi orang yang sakit
hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini
dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian
sisi.
-Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya
akan beransur-ansur masuk ke
dalam.
-Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-
lahan jatuh ke depan dan sukar
ditegakkan.

5) 1 HARI

-Berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan
merasakan satu denyutan
di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun
di mana ini menandakan kita tidak akan sempat
untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

6) TANDA TERAKHIR

-Akan berlaku keadaan di mana kita akan
merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat
dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.
-Ketika ini hendaklah kita terus mengucap
kalimah syahadah dan berdiam diri
dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk
menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang
telah menghidupkan kita dan sekarang akan
mematikan pula.


No comments: